skip to main |
skip to sidebar
DARWINA
"Darwina" - Sebenarnya ni adalah project short filem aku masa study dulu - dalam tahun 2002. Masa aku buat short filem ni, industri filem kita masih tak di benarkan tayangan filem seram...terutama filem melayu...masih di gam...sampai la filem Mistik (Prof Razak) di tayangkan....lebih kurang 2003 sejurus selepas aku tayang DARWINA kat panggung U aku...and until now, ada je citer hantu kat panggung. Darwina - bermula dengan idea nak buat sesuatu yang lain kat campus, sesuatu yang belum pernah student kat U tu buat...then aku dan awek aku ( skarang wife aku..) terfikir untuk membuat cerita hantu student...yang ada kena mengena ngan student, senang citer hantu dia student la...Dalam masa seminggu kami memerah otak mencari idea dan konsep... akhirnya dapat juga...DARWINA. Dari situ bermodalkan RM200.00, pinjam handycam member, edit sendiri kat kolej dengan guna PC yang boleh dikatakan tinggal nyawa-nyawa ikan, then kami cari publisiti murah dengan mengadakan kabar angin kat campus yang konon nya cerita-cerita hantu yang pak guard duk cerita tu betul betul belaka dan hantu tu kitorang sengaja letak nama DARWINA....Tersebar luas juga cerita kitorang tu hahaha! ...then bila aku dah settle edit, aku trus minta kebenaran untuk buat tayangan masa hari recital. Mula - mula tu lecturer tanya gak apekejadah yang ko nak tayang ni? Tapi aku masih rahsiakan...aku kata 'adalah...' Akhirnya dapat juga green light... dan aku berjaya membuat tayangan mengejut kat semua member-member aku, lecturer dan staff sekolah SENI.(fakulti hehehe UMS panggil sekolah) tapi yang bestnya bila keluar je title citer semua pakat menjerit! hahahaha! Member-member lelaki aku dah start menyumpah seranah dah- Cilakak Sam! Kurang ajar! hahaha! Sebabkan cerita tu ok & Dean aku suka...aku dapat buat tayangan berbayar pulak untuk semua student kat UMS. Aku ngan wife aku untung RM500! balik modal hahahah! Skarang short filem ni dah jadi bahan rujukan junior kat U aku study dulu... *in memory of University Malaysia Sabah 2000 - 2004 Kota Kinabalu Sabah
1 comment:
Memandangkan genre filem seram sudah diterima oleh orang kerajaan (finas lee...)
Bila agaknya nak difikirkan agar cerita DARWINA ni di buat filem 110minit tayangan..?
Post a Comment