Thursday, October 18, 2007



Apa Kata Hati draft design for the film.

Design in two weeks

-Photoshop & Illustrator

Tuesday, September 4, 2007




Character design for Antoofighter movie.
media: Poser & Photoshop

dress to kill

Thursday, July 26, 2007

Antoofigter


Antoofigter...sebuah filem sulung Imagebox sdn bhd tempat aku bekerja...hmmm diam tak diam dah 3 tahun lebih aku kat sini. Antoofighter bermula dengan idea Chunk lebih kurang 2 tahun lepas. Skarang dah jadi kenyataan... Dalam filem ni aku sumbangkan tenaga aku sebagai visualizer. Aku cuba visual kan apa yang ada dalam kepala otak Chunk...tgk la awie tu...drakula yang di beri nama DRAKULAT. Antoofighter ada bnyak karektor terutama karektor jahat nya(villians). Pening kepala otak aku masa nak memvisualkan apa yg ada dalam otak boss aku ni. Ada 10 karektor hantu, 2 3D karektor. fuhh...masak...nanti aku load kan gambar2 pre pro nya. Ni aku cuma nak tunjuk hasil dalam filem untuk Drakulat yang dimainkan oleh Awie. Awie memang lain dalam cerita ni. Silap2 orang akan cakap tu bukan Awie, sebab Awie totally different dalam memainkan wataknya. Tak seperti Awie dalam filem2 sebelum dia. Nantikan kemunculan Awie!

Friday, June 8, 2007

DARWINA

"Darwina" - Sebenarnya ni adalah project short filem aku masa study dulu - dalam tahun 2002. Masa aku buat short filem ni, industri filem kita masih tak di benarkan tayangan filem seram...terutama filem melayu...masih di gam...sampai la filem Mistik (Prof Razak) di tayangkan....lebih kurang 2003 sejurus selepas aku tayang DARWINA kat panggung U aku...and until now, ada je citer hantu kat panggung. Darwina - bermula dengan idea nak buat sesuatu yang lain kat campus, sesuatu yang belum pernah student kat U tu buat...then aku dan awek aku ( skarang wife aku..) terfikir untuk membuat cerita hantu student...yang ada kena mengena ngan student, senang citer hantu dia student la...Dalam masa seminggu kami memerah otak mencari idea dan konsep... akhirnya dapat juga...DARWINA. Dari situ bermodalkan RM200.00, pinjam handycam member, edit sendiri kat kolej dengan guna PC yang boleh dikatakan tinggal nyawa-nyawa ikan, then kami cari publisiti murah dengan mengadakan kabar angin kat campus yang konon nya cerita-cerita hantu yang pak guard duk cerita tu betul betul belaka dan hantu tu kitorang sengaja letak nama DARWINA....Tersebar luas juga cerita kitorang tu hahaha! ...then bila aku dah settle edit, aku trus minta kebenaran untuk buat tayangan masa hari recital. Mula - mula tu lecturer tanya gak apekejadah yang ko nak tayang ni? Tapi aku masih rahsiakan...aku kata 'adalah...' Akhirnya dapat juga green light... dan aku berjaya membuat tayangan mengejut kat semua member-member aku, lecturer dan staff sekolah SENI.(fakulti hehehe UMS panggil sekolah) tapi yang bestnya bila keluar je title citer semua pakat menjerit! hahahaha! Member-member lelaki aku dah start menyumpah seranah dah- Cilakak Sam! Kurang ajar! hahaha! Sebabkan cerita tu ok & Dean aku suka...aku dapat buat tayangan berbayar pulak untuk semua student kat UMS. Aku ngan wife aku untung RM500! balik modal hahahah! Skarang short filem ni dah jadi bahan rujukan junior kat U aku study dulu... *in memory of University Malaysia Sabah 2000 - 2004 Kota Kinabalu Sabah

Texture Study on my face

Ni gambar aku yang telah di texturize kan. Aku guna rusty metal texture image. Korang boleh dapat texture image high res kat mayang.com Mcm2 texture & object image boleh di download kan. Maximun 20 images satu hari.

Tuesday, June 5, 2007


Radhi OAG sebagai Pojee dalam Antoofighter, tapi photo ni member aku ambik masa aku (baju merah hehehe) baru lepas shoot scene geng Tuah dlm Antoofighter.Konon nya Tuah bersaudara tu pun adalah Antoofighter... Radhi takda pun dalam scene ni, saja je dia datang memeriahkan keadaan yang agak tegang masa tu dan tak pasal-pasal aku pun kena gak.Sepatutnya aku shoot untuk the making video. Tengok la muka aku keluar bioskop nanti hahaha lawak! lawak! Scene tu pun tak sampai 3 second, tapi nak menunggu...tuhan je yang tau, tu yang duk berposing ngan Radhi ni.

Sunday, May 20, 2007

Aku baru try buat blog ni.....



Belum ada apa apa lagi nak di letak....aku ni sebenarnya tak reti nak menulis. Aku lebih suka simpan memory,pengalaman aku dalam otak aku sendiri. Aku pun tak pernah tulis diari...tak pernah ada pun hehehe... Maybe blog ni sebagai satu permulaan untuk aku.

Aku buat blog ni pun secara tak sengaja sebab aku masuk contest buat poster filem baru dari Tayangan Unggul - ANAK HALAL. sebab syarat pertandingan tu kena ada own blog....dan salah satu lagi, sebab aku minat giler ngan Maya Karin hehehe!! mana tau kalau aku menang boleh aku bergambar sakan ngan Maya! bergambar je la..nak ajak dinner, susah la bro. lagipun sapo la den ni ha...itupun kalau menang.....


ni sample poster nye...