Friday, June 8, 2007

DARWINA

"Darwina" - Sebenarnya ni adalah project short filem aku masa study dulu - dalam tahun 2002. Masa aku buat short filem ni, industri filem kita masih tak di benarkan tayangan filem seram...terutama filem melayu...masih di gam...sampai la filem Mistik (Prof Razak) di tayangkan....lebih kurang 2003 sejurus selepas aku tayang DARWINA kat panggung U aku...and until now, ada je citer hantu kat panggung. Darwina - bermula dengan idea nak buat sesuatu yang lain kat campus, sesuatu yang belum pernah student kat U tu buat...then aku dan awek aku ( skarang wife aku..) terfikir untuk membuat cerita hantu student...yang ada kena mengena ngan student, senang citer hantu dia student la...Dalam masa seminggu kami memerah otak mencari idea dan konsep... akhirnya dapat juga...DARWINA. Dari situ bermodalkan RM200.00, pinjam handycam member, edit sendiri kat kolej dengan guna PC yang boleh dikatakan tinggal nyawa-nyawa ikan, then kami cari publisiti murah dengan mengadakan kabar angin kat campus yang konon nya cerita-cerita hantu yang pak guard duk cerita tu betul betul belaka dan hantu tu kitorang sengaja letak nama DARWINA....Tersebar luas juga cerita kitorang tu hahaha! ...then bila aku dah settle edit, aku trus minta kebenaran untuk buat tayangan masa hari recital. Mula - mula tu lecturer tanya gak apekejadah yang ko nak tayang ni? Tapi aku masih rahsiakan...aku kata 'adalah...' Akhirnya dapat juga green light... dan aku berjaya membuat tayangan mengejut kat semua member-member aku, lecturer dan staff sekolah SENI.(fakulti hehehe UMS panggil sekolah) tapi yang bestnya bila keluar je title citer semua pakat menjerit! hahahaha! Member-member lelaki aku dah start menyumpah seranah dah- Cilakak Sam! Kurang ajar! hahaha! Sebabkan cerita tu ok & Dean aku suka...aku dapat buat tayangan berbayar pulak untuk semua student kat UMS. Aku ngan wife aku untung RM500! balik modal hahahah! Skarang short filem ni dah jadi bahan rujukan junior kat U aku study dulu... *in memory of University Malaysia Sabah 2000 - 2004 Kota Kinabalu Sabah

Texture Study on my face

Ni gambar aku yang telah di texturize kan. Aku guna rusty metal texture image. Korang boleh dapat texture image high res kat mayang.com Mcm2 texture & object image boleh di download kan. Maximun 20 images satu hari.

Tuesday, June 5, 2007


Radhi OAG sebagai Pojee dalam Antoofighter, tapi photo ni member aku ambik masa aku (baju merah hehehe) baru lepas shoot scene geng Tuah dlm Antoofighter.Konon nya Tuah bersaudara tu pun adalah Antoofighter... Radhi takda pun dalam scene ni, saja je dia datang memeriahkan keadaan yang agak tegang masa tu dan tak pasal-pasal aku pun kena gak.Sepatutnya aku shoot untuk the making video. Tengok la muka aku keluar bioskop nanti hahaha lawak! lawak! Scene tu pun tak sampai 3 second, tapi nak menunggu...tuhan je yang tau, tu yang duk berposing ngan Radhi ni.